Hari lahir tasha

15 Disember 2008 at 10:14 AM (perayaan)

Kali ini saya mencoretkan tentang majlis hari lahir Nur Natasha Amira binti Azman iaitu anak adik saya Maznah Osman. Si tasha ni telah pun menyambut hari lahirnya yang ke-3 tahun. Majlis ini berlangsung di rumah nenek tasha di Kampung Rancangan Klias Beaufort. Majlis ini juga diadakan sebelum hari raya korban, aaaaa.. malam korbanlah tu.. Semua adik-beradik berkumpul di rumah pada ketika itu. Apa lagi semua cucu-cucu nenek juga ikut serta membuat team untuk menghebohkan dan mengamatkan suasana di rumah ketika itu. Inilah gelagat mereka…..

Pautan Kekal 1 Komen

Hari raya korban di desa

15 Disember 2008 at 4:31 AM (perayaan)

Pada tahun ini saya sekeluarga menyambut hari raya korban di Kampung Rancangan Klias Beaufort iaitu kampung halaman saya.. Banyak kenangan manis yang telah tercatat sempena hari raya korban itu. Kami sekeluarga juga sempat membantu keluarga menguruskan korban iaitu dengan menyembelih 2 ekor kerbau sekaligus. Kami juga sempat bergambar beramai-ramai untuk seisi keluarga. Hanya kelibat bapa si abang saja yang tiada pada tahun ini. Dia masih lagi di Kuala Lumpur. Antara kenangan yang sempat diabadikan pada kali ini ialah …….

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.